Subscribe:

Tuesday, November 15, 2011

ey budak!!!!

haih... sedih memang la sedih, tapi nak buat cam mane,
ade tugas nak kena buat, masa tak banyak,
yang telah membuatkan aku rasa sakit hati bila pulang ke rumah buat seketika sahaja,
rasa tak puas...
kepuasan yang tidak sampai tahap maksimum membuatkan aku bengang tahap *&^%^&*
macam macam boleh jadi tak betol.
tapi dalam kekecohan yang berlaku,
antara perkara yang dapat membuatkan aku rasa lega seketika,
ialah budak ni,
walaupun rase geram bila dia buat hal kat rumah, jadi kelakar bile die nampak muke kite macam marah kat die, budak nie akan terus cabut lari dan sambil ketawa, bile difikirkan, macam aku buat selalu dekat mak die, kakak aku.. sakat die, pastue aku pun lari.. hahahaha....

ahmemang susah nak dapat tidor kan die, kalau sedar, memang macam tak payah tidor dah!!, ta habes habes maen, pastue ajak berbual la, hahahaha, rupa rupa bile aku tengok cerita korea, nampak bile mereka buat aksi aksi, atau mimik muka yang kita termakan "oh comel..." sebenarnye ekspresi kanak kanak, atau bayi yang meningkat mmbesar..
ooooooooOOOOOOOOOOOOOOooooooo



yang nie plak adek nye, baru lapan bulan,
kalau nak diikutkan selalu jea adeknye nie disepak abangnye, yea la budak, mane la nak faham kan,

susah nak tengok die nie senyum...... haih.....


memandangkan die dua tahun semalam, dan ini merupakan kali kedua aku miss birthday, hmm tunggu akan datang ea, nanti ayah su belasah kek kamu.. ahhahahaa

ey budak!! tunggu ayah su balik lagi nanti ea, kite men gol2 lagi, pastue tunggu ibu kamu beli kereta kontrol baru untuk ayah su maenkan untuk kamu.. hahahahahaha

Wednesday, October 26, 2011

cuti dan aku di Sini

hai semua..
selepas mengharungi seminggu yang kurang menarik,
sampai masa untuk cuti.. dan waktu kelas terakhir, ramai yang tiada,
iyela, semua sudah pulang ke kampung halaman,
mempunyai urusan masing - masing,
Saudara mara kahwen, kawan bertunang, makcik bercerai, atuk kahwin lain, dan nenek baru sahaja melahirkan makcik yang paling bongsu, dan jiran sebelah ajak pergi minum kat kedai depan rumah, biasa la kan, lame x jumpe..
tetapi,
aku ada kat sini. bersama al kee sah..huhuhu,
assignment dan bercuti di Sini, dan melihat suasana di Sini pabila datangnya sambutan perayaan.. mane taw, menarik ke... harap harap dapat lihat, dikhabarkan sangat - sangat ramai orang, papehal check it out dulu :D

al kee sah berhenti sampai sini dulu, nak lelap sat..

Wednesday, October 19, 2011

untitled..

entah la.. rasa lain..
macam rasa seolah olah diri ini atau diri sebaliknya
menghadapi penyakit hilang ingatan atau, itu adalah lumrah kehidupan,
menghadapi semua ini, memang, memang sakit sangat sangat,
tapi, sebaliknya, menyedari atau tidak,
bukan meminta simpati, tapi tolong lah jangan cuba nak jaga hati, walhal diri sebaliknya cuma boleh mendatangkan perasaan sakit hati semata mata.
yeah, people will say, ammar hidup sudah tiada morallity, now everything is about survival!!!
pe jadah nya hidup ini kalau semua nya nak selamat kan diri,
tak rasa ke hidup ini bagai parasit bila kita sebegini.
bila cakap lebih, salah, bila cakap kurang, sakit... sakit weyh...
buat mase sekarang memang takde ubat...
(=_=)

Tuesday, October 18, 2011

fuh fuh, syuh syuh...

adoooiiii....
last entry, 1st may 2011,
5 bulan xterusik blog nie... takpe takpe, nanti, kalau ada masa, al kee sah tulis lagi..
ada banyak cite nie, tapi kene korek balik la nanti..
ahha, but for now, sibuk jugak la, macam - macam masalah datang, dan bermacam - macam juga perkara yang dilalui tu best.. biase lah, itu pasal orang cakap,
"normal la tue bro, kate hidop kann???"
hmmm..
btol la, memang hidop, tapi rase kadang kadang tue, rase macam perlu butang shut down kat dahi nie, rase cam nak off skejap. hahaha, masalahnya, once klu da off, takot2 xde sape nak tekan butang on tue balik, satu hal plak...hahahaha, ok,
cerita baru akan menyusul, x lame lagi, kot...

im still here, unfortunately..

Sunday, May 1, 2011

kalaulah aku...




mempunyai bahasa yang kasar, tidak pernah menulis sebegini, tidak mencacatkan al kee sah ini, bukan niat menyakitkan kamu, cuma perlu berkata begini, kerana inilah ubatnya...

kehidupan ini sangat lah indah.. dunia, tiada tempat lain selainnya yang mampu memberikan kenikmatan dan keseronokan dan kebahagiaan dalam hidup setiap manusia di atas muka bumi ini.

friends, brothers and sisters, and lovers..

DUNIA ini indah...

tetapi wahai
friends, brothers and sisters, and lovers yang segala bagai, jika kita mengatakan bahawa dunia ini indah, mengapa masih kita tidak berpuas hati dengan apa yang kita peroleh??

mengapa masih ada di luar sana menggunakan terma terma seperti "memang babi lah!!, fuck lah, celaka lah!!!!, bangsat!!, dan segala bagainya....

al kee sah nak bagitaw kat sini,
diri ini sentiase mencuba untuk mendatangkan dan menghasilkan senyuman kepada semua manusia yang telah diri ini kenali, dan diri ini sentiasa berkata pada diri sendiri, kalaulah aku mampu, kalaulah aku ini, kalaulah aku mempunyai kembar 3 iras, akan aku sentiasa memberikan kebahagian kepada setiap orang yang menerima diri ini, untuk kamu di luar sana bergelak ketawa, bersuka ria, mungkin menangis bersama, mungkin dapat menjalinkan hubungan yang erat dan mendatangkan kebahagian kepada kamu semua..

tidak akan diri ini bersifat mementingkan diri sendiri, tidak akan diri ini meninggalkan kamu semua, tidak akan diri membuatkan dunia ini buat kamu semua sesuatu yang tidak indah..

Thursday, April 21, 2011

nampak lain laa...



baru jea lepas habis jawab paper LKM 400 tadi..fuh..
3 down 3 to go..
al kee sah nak cerita bukan pasal exam,
(tengok tajuk la.. huhu)
nak cerita lepas balik dari exam tadi..

lepas habis paper tadi, aku pun terus menuju ke arah bangunan pencakar langit kat usm nieh..
di mana si DIA berada..
aku pun call la, "hello, saye da sampai nie, keluar ekh, kite jumpe kat meja batu"
aku pun duduk la.. tunggu jap dalam 4minit camtue, si DIA pun muncul la..
"hai." sambil tersenyum simpul..
aku pun bertanya, "awak nampak lain la, serius.. nape ekh??
si DIA pun berkata " mane ade lain, same jea. dah hari hari awk tgok, ape yang lain nye??"
"entah la, tapi saye dapat merasakan kelainan tue la.."
aku pun berkata lagi,
"hm.. sebab saye rindu kot, sebab tue la.."
huuu...
si DIA pun tersenyum, tidak keterlaluan, tapi suka aku tengok DIA..
okay lah, saye nak balik nie.. bye, Assalamualaikum..

aku pun pulang.
hm.
rase nak jumpe lagi.
nanti la...

Saturday, April 16, 2011

okay sajor



aku punyai apa yang orang lain ada..
aku punyai abang..
aku punyai kakak..
akan tetapi jurang umur kami bukan terlalu jauh, yang sudah punyai kepentingan dan tanggungjawab yang harus mereka pegang. di mana mereka tidak punyai pemikiran yang sama seperti aku..
aku berada di tempat baru, di mana punyai seorang abang dan juga kakak, yang mampu buat aku berasa seperti di rumah. buat aku rasa suka tempat yang aku sedang berada. yang dapat aku cerita sedikit sebanyak cerita dekat mereka. tidak semua, tidak semua wahai pembaca. cuma perbualan seorang abang dan kakak bersama seorang adik sahaja.. tidak lebih dari itu. gelak ketawa, menangis meraung.. haha...
hari ini, aku akan kehilangan seorang daripadanya, bukan untuk selamanya, cuma tidak akan bersama untuk duduk semeja untuk berborak.
kerna sudah sampai masanya untuk si dia meneruskan perjalanan, menghadapi hidup yang baru, lebih penuh dengan kerenah dunia..
hmm..
take care ye, Maswanhizzany!!!!
kami okay okay sajor~~