Subscribe:

Thursday, April 21, 2011

nampak lain laa...



baru jea lepas habis jawab paper LKM 400 tadi..fuh..
3 down 3 to go..
al kee sah nak cerita bukan pasal exam,
(tengok tajuk la.. huhu)
nak cerita lepas balik dari exam tadi..

lepas habis paper tadi, aku pun terus menuju ke arah bangunan pencakar langit kat usm nieh..
di mana si DIA berada..
aku pun call la, "hello, saye da sampai nie, keluar ekh, kite jumpe kat meja batu"
aku pun duduk la.. tunggu jap dalam 4minit camtue, si DIA pun muncul la..
"hai." sambil tersenyum simpul..
aku pun bertanya, "awak nampak lain la, serius.. nape ekh??
si DIA pun berkata " mane ade lain, same jea. dah hari hari awk tgok, ape yang lain nye??"
"entah la, tapi saye dapat merasakan kelainan tue la.."
aku pun berkata lagi,
"hm.. sebab saye rindu kot, sebab tue la.."
huuu...
si DIA pun tersenyum, tidak keterlaluan, tapi suka aku tengok DIA..
okay lah, saye nak balik nie.. bye, Assalamualaikum..

aku pun pulang.
hm.
rase nak jumpe lagi.
nanti la...

Saturday, April 16, 2011

okay sajor



aku punyai apa yang orang lain ada..
aku punyai abang..
aku punyai kakak..
akan tetapi jurang umur kami bukan terlalu jauh, yang sudah punyai kepentingan dan tanggungjawab yang harus mereka pegang. di mana mereka tidak punyai pemikiran yang sama seperti aku..
aku berada di tempat baru, di mana punyai seorang abang dan juga kakak, yang mampu buat aku berasa seperti di rumah. buat aku rasa suka tempat yang aku sedang berada. yang dapat aku cerita sedikit sebanyak cerita dekat mereka. tidak semua, tidak semua wahai pembaca. cuma perbualan seorang abang dan kakak bersama seorang adik sahaja.. tidak lebih dari itu. gelak ketawa, menangis meraung.. haha...
hari ini, aku akan kehilangan seorang daripadanya, bukan untuk selamanya, cuma tidak akan bersama untuk duduk semeja untuk berborak.
kerna sudah sampai masanya untuk si dia meneruskan perjalanan, menghadapi hidup yang baru, lebih penuh dengan kerenah dunia..
hmm..
take care ye, Maswanhizzany!!!!
kami okay okay sajor~~

eh eh....



tetibe teringat.. huh...

aduh!!!!
boleh tahan sakit kaki nieh, batu yang kecik, boleh plak nak elak, batu punye besar KEDABAK, redah jea... haih...
haa... ni cerita semalam..
al kee sah nak bagitau, pasal aku join barbeque abang-abang dan kakak-kakak dan tidak terlupa juga seumur dengan aku dari tahun 3.. (kire senior laa... gtu kan~~)
ceritanya lepas solat jumaat semalam, kami pun bergerak ke teluk kumbar, di mana ada satu kawasan yang agak best la nak buat picnic... hmm... kami pun sampai saner dan mulalah beroperasi dengan mengeledah van yang kami naik yang penuh dengan perkakasan small picnic nieh... (aduh, kaki sakit lagi nieh...)
dah siap set up tempat semua, dengan ada senior aku dah siap pergi tukar pakaian nak turun mandi kat pantai yang penuh selut..(last last main dekat kawasan air paras betis je.)
(xrock okay)
tapi ada sahaja yang berenang jauh.. sampai paras hidung diorang la...kih4...
bara pun letak kat atas bakar tue, lepas tue mula kerja masak memasak nieh... waa.. punye gigih diorang masak nak menyambut lecturer yang dah support diorang mase buat final year project mereka...
banyak gakk la yang diorang prepare nak buat makan2, yela kan,
last makan2 bersama sama yang mereka digelarkan student undergrad...
yang main air, xhbes main air, yang tgh masak, x bhnti memasak...
then sampai satu masa, mase tue aku tengah kt dalam air, dari mula kitorang smpai la makan xbehenti2, ade sorang pacik nie, die dok jea kt dalam air,
then aku pun g la tanye, pacik oo pacik, pacik buat apa dalam air nie lelame,
"pacik cari hasil laut nie, boleh la dapat rm50..
then pacik nie tunjuk la hasil2 tue, sory xde gambar, sbb yea la, xkan nak bwk kamera masuk air, mase tue xde lagi kamera yang leh bwk masuk air(skang pun xde!!!)
boleh dikatekan xpenah tengok la, hasil2 laut nie, maybe tak popular, or spesis tue hanya boleh survives dekat area tue sahaja..
bile dah habes berendam, makan pun da kenyang, gelak tawa pun da habes, last skali, its to go, mandi, packing siap semua dalam van, ape yang aku nampak, air muka semua orang berubah, dari gembira kepada neutral, kepada sedih, dan akhirnye menitiskan air mate, wah, baru aku perasan, untuk selama mereka menjayakan kempen diorang nie, penat lelah tak tido bersama nak siapkan event, dan pengakhirannya tersangatlah skejap, hmm, betol la orang kate, plan a programme for 3 minutes can reach up to 3 hours, days, months, tapi akhirnye, bende tue skejap jea, ahha, baru terasa mase tue pantas.. hmmm....

cukup2, buat assignment plak,

Monday, April 11, 2011

aku berubah hati

aku selalu cakap kat ayah ngan mama? sampai biler nak simpan die?? die buat masalah la, asyik2 nak kene hantar gi hospital, ambil ubat tue, ambil ubat ni, buat masalah la. orang da bagitaw awal soh buang die, nie nak simpan jugak, haih..... itu lah pembuka kata untuk post yang nieh.. hehe... semalam, aku keluar dengan kawan aku, untuk tolong kawan buat kajian kat perak. aku ikut sebab kalau la aku dan kawan aku lagi sorang nie x ikut, naya dibuatnye kalau x balik. tapi memang kelakar la. ape yang kelakar nye bile teammate diorang lagi sorang boleh balik pulak, sedangkan kerja tidak siap lagi. kalau urgent takpe la, nie sebab nak holiday.. nie la tabiat orang kite skang nie, nak holiday, tapi kerja tinggal je.. maaf jika salah informasi, (bile kite berprasangka baik, maybe dia da siapkan bahagian awal kajian nie kot..) haha al kee sah hendak menceritakan perjalanan ke kawasan tersebut. tempat yang kitorang nak pegi nie, sebenarnya agak deep la, (wah gitu kan) sebab tempat kajian nye merupakan kawasan pedalaman orang asli di negeri perak. mengikut informasi yang telah diberitahu oleh kawan kau, kawasan orang asli yang pernah die pegi dekat kawasan pinggiran jalan jea. jadi, ekspetasi aku hanya lah sebuah perjalanan yang berada di tepi kawasan jalan raya yang penuh dengan tar. bile kitorang da sampai saner, ade sorang pakcik nie, kire ranger la kot.. pakcik nie yang akan bawak kitorang masuk ke dalam kawasan tersebut. la, bawak nie jea ker? hm.. boleh2.. kite cube ye.. boleh lepas, boleh lepas..




inilah kenderaan yang kami pandu untuk pergi ke kawasan pedalaman tu. cuma warna yang tidak sama jea. dalam masa yang sama, inilah kenderaan yang aku pandu bila berada di rumah, yang ceritanya tadi suruh jual tu.. kesian die..

kami pun mulakan perjalanan kami ke kawasan pedalaman tersebut, pada mulanya, agak ok la, sebab kami masih berada di atas permukaan jalan yang telah diturap dengan tar. da sampai satu kawasan di mana hanya pokok sebagai pintu gerbang kami, sudah menandakan kami harus mendaki bukit dan jalan seperti di dalam hutan. pada mulanya perjalanan kami hanyalah biasa sahaja, aku berbual dengan shikin dan lin (diorang nie la yang nak buat kajian, aku dengan kimi cuma menumpang.. bukan sekadar menumpang okay.. kalau kami tiada, takkan dua orang perempuan ini nak pergi ke kawasan ini, buat naya jea.)

berbalik kepada cerita tadi, kami pun berbual sambil ketawa, dan sampai satu ketika, kereta itu berhenti, sedangkan kimi(pemandu) menekan pedal minyak kereta tersebut..
kereta tidak bergerak,
pedal minyak sedang dihenyak,
kereta mengundur....
aku yang selalu tenang bila perkara seperti ini berlaku menjadi kaku.
terbayanglah dekat fikiran aku fasal cerita cerita kat tv bile kereta sampai kat hujung bukit..
(seram gak la)
yang lain steady jea.. aku jea terdiam sekejap...
kimi yang sedang stress menangani masalah yang melanda dengan tenang. kereta mula bergerak semula, hati aku mula tenang kembali... fuhhh....



perjalanan ke kawasan pedalaman tue sebenarnya agak menakutkan aku sebab dengan kenderaan yang kami pandu itu beberapa kali rasa tersagat dengan batu di bahagian bawah kereta tersebut. rasa2nyew macam nak berlobang dah bawah kereta tue..

hati sudah semakin resah, mampu kereta ni nak bawak aku balik nanti??
pelbagai persoalan dan tanda tanya muncul kat kepala aku nieh...

sampai satu ketika, kami ternampak satu kenderaan dari arah yang berbeza, selepas aku melihat kereta tersebut, baru lah aku berasa lega..
kancil pun boleh naiklah bukit nieh... jangan main-main okay~


aku menarik nafas lega, selepas melihat kenderaan yang sechomel kancil pun mampu, apatah lagi kereta yang kami naik tu..

selepas habis trip ni, aku pun berfikir, di mana kereta yang aku pandu di rumah tu, masih elok, pengajaran buat aku kat sini ialah biarlah kenderaan kita tu, tak sehebat mana, janji kereta kita tue mampu bawak kita ke mana sahaja daripada kereta yang hebat tapi terbengkalai tengah jalan atau ditarik dengan lori tunda..kuang kuang kuang...



kepada ayah dan mama, jika terbaca apa yang telah anakmu tulis yang segala bagai merepek nieh, jangan yea, jangan jual dulu kereta tue.. kereta ok lagi... :D

al kee sah berhenti di sini dahulu ye.. nak sambung study.. gler exam minggu depan.


perjalanan masih jauh, ditambah dengan pengalaman baru yang hendak aku terokai lagi di masa akan datang, dengan kenderaan yang bersesuaian(huhu)...



Monday, April 4, 2011

satu sebab

pernah kamu mengatakan padaku, "apa yang membuatkan awak tertarik kepada saya?"
aku terdiam.. susah untuk aku luahkan dengan kata yang mudah apabila aku cuba memproses di dalam minda aku ini tentang daya tarikannnya kepada aku..

sampai lah satu hari aku dapat mencari satu sebab...

inilah sebabnye,

kamu memang suka ber"fesyen", biarlah orang hendak mengata apa tentangnye, outdated ker, macam nangka ker, tak cukup kain ker, biar jea laa.. tapi sebenarnya dengan cara itu, sebenarnya menarik minat aku terhadap kamu..
kamu sangat down apabila orang melihat cara kamu berpakaian, sedangkan di dalam hati ini berkata, "wow, lawanye...."
apa yang mampu aku tunjuk pada kamu masa itu ialah dengan senyuman,
tadi aku lihat kamu dengan pakaian yang menarik, biarlah orang hendak mengata apa, aku tetap akan suka cara kamu berpakaian,
*tapi tudung sarung saya tidak berapa suke, tahu kan?? huhu



*perjalanan masih jauh, ini selingan sahaja, tidak cukup abstrak isi hati ini....

Sunday, April 3, 2011

......tett......

haish.. malam yang tidak berapa nak melenakan aku. entah sebabnye tidak boleh nak jelaskan macam mane.. hmm.. al kee sah dah lame tak bercerita dan berkongsi, sambil menunggu azan subuh berkumandang, bertemankan lampu tetikus aku yang lip lap lip lap, dan roommate yang sedang lena, tataw la terganggu atau tidak dengan cahaya yang menerangi suasana gelap dalam bilik nieh..

"pernah tak tengok atau baca pasal horoskop??"
aku pun berkata "saye tak layan horoskop nieh, mengarut jeh..."
si DIA menyahut " cube2 la cek, sajew2, bukannye soh percaye bulat2.."
"okey, nanti saye cek ekh"

sepanjang perjalanan hidup aku, pernah dulu kala percaye la sket2 pasal horoskop nieh,(ala.. bintang2 yang orang percaya tue, dalam surat khabar harian ade punye laa..)(buat tataw plak)
tiba tiba di dalam perjalanan hidup untuk membentuk diri menjadi lebih matang dan menerima alam dengan seadanya ini, terbaca lah balik horoskop dan mula lah meng 'google' pasal horoskop nieh. dan tertarik la kepada dua bintang iaitu taurus dan capricorn. huhu.. dikatakan bahawa ia merupakan kombinasi yang terbaik untuk bersama..(bukan ke ini semua cara penulis menarik minat pembaca??) tambahan lagi, kedua dua bintang ini menunjukkan sifat yang merendah diri kepada antara satu sama yang lain.. bersifat down to earth la cam gitu kan~~. si taurus ni seronok dan menghargai seadanya yang dipersembahkan dalam diri capricorn dan capricorn pula suka akan kemesraan diri taurus ini..

lepas baca pasal horoskop nieh, menarik la pula, ade pula yang dah macam betol jugak sampai terkeluar kata2 "a'ah, betol jugak nieh.."
hahaha.. tergelak seketika selepas membace pasal hal nieh....
bermacam-macam lagi yang diceritakan berkenaan dua horoskop ini...
akan tetapi kita hanya boleh mengambilnya sebagai satu hiburan semata-mata.
hehe..

azan sudah berkumandang, sambung nanti lagi la ekh..

perjalanan yang jauh, ditambah dengan cerita2 yang sempat diselitkan...haha