Subscribe:

Monday, February 21, 2011

banyaK perkara....


kegilaan aku mencapai satu tahap yang tidak aku sedar diri aku seharusnya mengawal keadaan dan juga menjaga perkataan yang perlu ku katakan sehingga,
dia berkata "best kan bile kite seronok?"

aku terus menjawab,

"ini adalah aku, ea, kite perlu hidup dalam tekanan untuk mencari kejayaan dalam diri,
tetapi tidak perlu sehingga kita ini terlalu tertekan kerna dengan beberapa frasa frasa yang ditujukan kepada diri kita, hidup hanya sekali, kita tidak akan dapat mengingati peristiwa yang berlaku pada tika jam, minit, saat, detik untuk hari semalam.....

tanpa aku mendengar apa yang hendak diperkatakan oleh dia, aku teruskan berhujah, sedangkan persoalannya yang sangat ringkas dia berkata "best kan bile kite seronok?"

....aku mengulangi kata aku sekali lagi,hidup hanya sekali, kita tidak akan dapat mengingati peristiwa yang berlaku pada tika jam, minit, saat, detik untuk hari semalam melainkan kita mempunyai kamera video yang dapat mengikuti kita sepanjang masa dalam seharian untuk kita rewind semula untuk kita tonton kembali, kerana masa bergerak walau bagaimana kita memperlahankan pergerakan diri kita. kita harus hidup sepenuhnya dalam dunia ini, we gotta live our live!!! yeah!!!"
tanpa aku menyedari, sebenarnya aku hanya mendatangkan perasaan seronok dalam diriku untuk orang lain tetapi tidak menyangka, adakah mereka menerima keadaan aku ini?? adakah mereka boleh menerima apa yang aku cuba sampaikan, adakah aku sudah mencapai satu tahap yang mendatangkan perasaan meluat terhadap aku?????? tidak, aku tidak sedar akan perkara ini,

dia menyahut hujahan tadi, "ape kate kau ingat perkara ini pabila kau berasa sedih??"
sentap...
sekejap....
kerna diri ini tidak sedar bahawa apa yang hendak disampaikan yang hanya sebenarnya ringkas menjadikan aku hilang mood seketika....

dia berkata lagi, "kalau la kau berkelakuan seperti yang dipertonjolkan, dipersembahkan kepada aku, sewaktu aku bersedih, kau rasa aku boleh menerimanya??

aku diam.. (dalam masa yang sama aku, tersentap, sekali lagi..)

kerana diri ini masih tidak lagi memahami situasi orang lain,
kerana diri ini masih belum mengenali rakan-rakannya pabila berada di dalam mood yang berbeza,
kerana diri ini menganggap semua orang boleh menerima apa yang aku hendak perkatakan..

ya...
aku sedar..
terima kasih,
kerana dia telah membuka sedikit ruang, telah meng"expand" sedikit pengetahuan yang tidak dapat aku peroleh di dalam kuliah yang aku hadiri...
terima kasih....

perjalanan masih lagi jauh........

0 comments:

Post a Comment