Subscribe:

Monday, February 21, 2011

banyaK perkara....


kegilaan aku mencapai satu tahap yang tidak aku sedar diri aku seharusnya mengawal keadaan dan juga menjaga perkataan yang perlu ku katakan sehingga,
dia berkata "best kan bile kite seronok?"

aku terus menjawab,

"ini adalah aku, ea, kite perlu hidup dalam tekanan untuk mencari kejayaan dalam diri,
tetapi tidak perlu sehingga kita ini terlalu tertekan kerna dengan beberapa frasa frasa yang ditujukan kepada diri kita, hidup hanya sekali, kita tidak akan dapat mengingati peristiwa yang berlaku pada tika jam, minit, saat, detik untuk hari semalam.....

tanpa aku mendengar apa yang hendak diperkatakan oleh dia, aku teruskan berhujah, sedangkan persoalannya yang sangat ringkas dia berkata "best kan bile kite seronok?"

....aku mengulangi kata aku sekali lagi,hidup hanya sekali, kita tidak akan dapat mengingati peristiwa yang berlaku pada tika jam, minit, saat, detik untuk hari semalam melainkan kita mempunyai kamera video yang dapat mengikuti kita sepanjang masa dalam seharian untuk kita rewind semula untuk kita tonton kembali, kerana masa bergerak walau bagaimana kita memperlahankan pergerakan diri kita. kita harus hidup sepenuhnya dalam dunia ini, we gotta live our live!!! yeah!!!"
tanpa aku menyedari, sebenarnya aku hanya mendatangkan perasaan seronok dalam diriku untuk orang lain tetapi tidak menyangka, adakah mereka menerima keadaan aku ini?? adakah mereka boleh menerima apa yang aku cuba sampaikan, adakah aku sudah mencapai satu tahap yang mendatangkan perasaan meluat terhadap aku?????? tidak, aku tidak sedar akan perkara ini,

dia menyahut hujahan tadi, "ape kate kau ingat perkara ini pabila kau berasa sedih??"
sentap...
sekejap....
kerna diri ini tidak sedar bahawa apa yang hendak disampaikan yang hanya sebenarnya ringkas menjadikan aku hilang mood seketika....

dia berkata lagi, "kalau la kau berkelakuan seperti yang dipertonjolkan, dipersembahkan kepada aku, sewaktu aku bersedih, kau rasa aku boleh menerimanya??

aku diam.. (dalam masa yang sama aku, tersentap, sekali lagi..)

kerana diri ini masih tidak lagi memahami situasi orang lain,
kerana diri ini masih belum mengenali rakan-rakannya pabila berada di dalam mood yang berbeza,
kerana diri ini menganggap semua orang boleh menerima apa yang aku hendak perkatakan..

ya...
aku sedar..
terima kasih,
kerana dia telah membuka sedikit ruang, telah meng"expand" sedikit pengetahuan yang tidak dapat aku peroleh di dalam kuliah yang aku hadiri...
terima kasih....

perjalanan masih lagi jauh........

Wednesday, February 16, 2011

mengapa???

ye...
aku tidaklah sekacak mane,
tapi, mengapa perlu hilang begitu sahaja, tanpa berita?
hanya mencari aku sewaktu kau bersedih yang amat sangat..
telah aku cuba membuang bisa dari kamu, tetapi,
hanya dapat aku merasai madu daripada KAMU setitik sahaja..
mungkin, itu yang berhak aku terima...
mungkin.....
biarlah ia berlalu pergi...setahun lamanya ia pergi,
mengapa, tiba2 aku teringat akan KAMU??
mengapa???
sedikit khabar dari KAMU tidak ku terima..(sebagai seorang rakan)
hanye perlu menaip "hey how are you" sudah mencukupi bagi aku kerna KAMU yang telah mencari aku,sewaktu KAMU sakit, dan mengapa tidak lagi? mengapa??
tetapi tidak...
biarlah KAMU berlalu pergi...
biarlah....

perjalananku masih bergunung jauhnya...

Sunday, February 13, 2011

siapa kata bahasa inggeris itu susah???

alright everyone!!! we must always think that is english is easy.....
E A S Y.. easy~(with funny expression that really catch their attentions makes them laugh)

Assalamualaikum to everyone, my name is Ammar Hakim, i'll be handling english slot for the todays programme, so see you at the station, enjoy~~

perkataan yang aku sering ungkapkan sewaktu berada di sana... semalam, dalam kesibukan rutin harianku sempat ku ke permatang pauh, ke smk penanti untuk menghadiri program yang telah dilaksanakan sempena minggu bahasa sekolah tersebut. diikutkan cerita, aku menglepakkan diri seketika untuk join kawan aku, mat anip m(name d fb) untuk pergi ke smk penanti ini dan menjadi fasilitator untuk program yang telah dijalankan oleh sekolah ini..

(sebenarnye la kan... hehe... kalau nak ikut pengalaman sendiri, sebenarnya bile kat dalam program, akulah orang yang paling xsuke org yg jd fasi, sebab hampir semua fasi yang aku jmpe dan tempuhi dan hidup aku bile join program atau camp, mesti dapat yang mendatangkan semangat rebelliousness dalam diri aku ini.. end up, tido kat dalam hutan sorang2, xdpt makanan yg telah disediakan...hurm) tapi takpe, itu perkara lepas.. objektif aku bile menjadi fasi ini ialah nak buat diorang enjoy, dan tidak rase ape yang aku rase dulu....

program ini melibatkan penggunaan bahasa, jadi aku telah mengambil bahagian dalam slot bahasa inggeris. mat anip m ini memberitahu kepada kami, permainan yang disediakan perlu melibatkan 'ilmiah', bila mat anip m dah bkate begitu, hadirlah perasaan cinta kepada bahasa inggeris ini.. dalam masa yang sama, ingin aku mengimplan kepada adik2 d sekolah penanti bahawa mereka perlu juga mencintai, merasai, kenikmatan penggunaan bahasa inggeris itu..

permainan yang aku handle ialah instructions dan giving directions..
antara game yg muncul dalam minda aku sewaktu berada di dalam perbincangan sebelom kami ke smk penanti nieh....


permainan yang mudah, hanya perlu memberi arahan kepada rakan yang akan diAmbil pancaindera mereka buat seketika. objektif permainan ini ialah penggunaan bahasa inggeris dalam memberi arahan kepada rakan itu.. nak diSimpulkan cerita, mereka berada dalam keadaan yang tentu hala pabila berjalan dalam keadaan tidak nampak, tambah pula dengan arahan yang diberi yang tidak jelas..
ada yang menghasilkan mimik muka yang seakan berada dalam kedaan tertekan, seronok, 'blur'.. macam macam.... ada yang sporting tue, mmg best, tpi ada yang malu2, cuba aku membuang perasaan malu itu dalam pendirian mereka, Alhamdullillah, sedikit sebanyak mereka mencuba..

aku ada memberitahu mereka tentang beberapa tips untuk mereka memajukan bahasa inggeris mereka.
haha.. harap2 menjadi..huhuk..

kepada dua slot yg lain, bawah fasi cassie, fasi syamer ngan atie, agak susah sket kepada mereka kerana tidak dapat melaksanakan slot kurang berjaya kerana agak sukar kepada student nieh sebab menyanyikan lagu malay ke dalam bahasa inggeris.. melibatkan aktiviti minda jadi tidak dapat dilaksanakan dengan mudah, tpi dengan fasi cassie, yang mempunyai permainan sampingan untuk membantu permainan asal tersebut..

setelah habis semua enam kumpulan, semua berkumpul dekat astaka sekolah tersebut untuk majlis penutup program hari itu...

maklum balas yang dari student smk penanti sangat memberansangkan kami supaya memperbaiki lagi diri supaya dapat memajukan diri sendiri...

ini merupakan antara hari yang menarik untuk diriku pada 2011...
hari pertama yang dalam tahun ini..

sewaktu aku berada di sekolah itu, perasaan sangat seronok dalam diri muncul,
walaupun hanya dapat berada seketika waktu sahaja, aku dapat merasakan "aku kembali ke alam persekolahan" segala suka dan duka dijadikan memori aku yang tidak dapat aku kecapi lagi..

perjalananku masih jauh...

Thursday, February 10, 2011

perjalanan baru

pejam celik pejam celik, masa berganti masa dari detik ke saat ke minit ke jam ke hari ke minggu ke bulan dan ke tahun, sudah hampir 3 tahun blog nie telah terperuk disini. kerana aku tidak tahu hendak apa aku luahkan, aku tidak tahu hendak apa aku ceritakan, dan ak tidak tahu hendak apa aku menulis disini.. tidak mengapa, ada orang mengatakan "its better late than never" jadi, kini aku kembali, mencari apa yang tersembunyi, apa yang tersirat di hati, dan apa yang terlintas di fikiranku ini... hendak aku katakan bahasaku tidaklah sejernih air, tidaklah seputih permata, tidaklah secantik pelangi, tetapi, cuma ingin menceritakan kepada kamu semua, inilah diriku mempersembahkan diriku melalui papan kunci yang berada di atas komputer riba ini..