Subscribe:

Monday, April 11, 2011

aku berubah hati

aku selalu cakap kat ayah ngan mama? sampai biler nak simpan die?? die buat masalah la, asyik2 nak kene hantar gi hospital, ambil ubat tue, ambil ubat ni, buat masalah la. orang da bagitaw awal soh buang die, nie nak simpan jugak, haih..... itu lah pembuka kata untuk post yang nieh.. hehe... semalam, aku keluar dengan kawan aku, untuk tolong kawan buat kajian kat perak. aku ikut sebab kalau la aku dan kawan aku lagi sorang nie x ikut, naya dibuatnye kalau x balik. tapi memang kelakar la. ape yang kelakar nye bile teammate diorang lagi sorang boleh balik pulak, sedangkan kerja tidak siap lagi. kalau urgent takpe la, nie sebab nak holiday.. nie la tabiat orang kite skang nie, nak holiday, tapi kerja tinggal je.. maaf jika salah informasi, (bile kite berprasangka baik, maybe dia da siapkan bahagian awal kajian nie kot..) haha al kee sah hendak menceritakan perjalanan ke kawasan tersebut. tempat yang kitorang nak pegi nie, sebenarnya agak deep la, (wah gitu kan) sebab tempat kajian nye merupakan kawasan pedalaman orang asli di negeri perak. mengikut informasi yang telah diberitahu oleh kawan kau, kawasan orang asli yang pernah die pegi dekat kawasan pinggiran jalan jea. jadi, ekspetasi aku hanya lah sebuah perjalanan yang berada di tepi kawasan jalan raya yang penuh dengan tar. bile kitorang da sampai saner, ade sorang pakcik nie, kire ranger la kot.. pakcik nie yang akan bawak kitorang masuk ke dalam kawasan tersebut. la, bawak nie jea ker? hm.. boleh2.. kite cube ye.. boleh lepas, boleh lepas..




inilah kenderaan yang kami pandu untuk pergi ke kawasan pedalaman tu. cuma warna yang tidak sama jea. dalam masa yang sama, inilah kenderaan yang aku pandu bila berada di rumah, yang ceritanya tadi suruh jual tu.. kesian die..

kami pun mulakan perjalanan kami ke kawasan pedalaman tersebut, pada mulanya, agak ok la, sebab kami masih berada di atas permukaan jalan yang telah diturap dengan tar. da sampai satu kawasan di mana hanya pokok sebagai pintu gerbang kami, sudah menandakan kami harus mendaki bukit dan jalan seperti di dalam hutan. pada mulanya perjalanan kami hanyalah biasa sahaja, aku berbual dengan shikin dan lin (diorang nie la yang nak buat kajian, aku dengan kimi cuma menumpang.. bukan sekadar menumpang okay.. kalau kami tiada, takkan dua orang perempuan ini nak pergi ke kawasan ini, buat naya jea.)

berbalik kepada cerita tadi, kami pun berbual sambil ketawa, dan sampai satu ketika, kereta itu berhenti, sedangkan kimi(pemandu) menekan pedal minyak kereta tersebut..
kereta tidak bergerak,
pedal minyak sedang dihenyak,
kereta mengundur....
aku yang selalu tenang bila perkara seperti ini berlaku menjadi kaku.
terbayanglah dekat fikiran aku fasal cerita cerita kat tv bile kereta sampai kat hujung bukit..
(seram gak la)
yang lain steady jea.. aku jea terdiam sekejap...
kimi yang sedang stress menangani masalah yang melanda dengan tenang. kereta mula bergerak semula, hati aku mula tenang kembali... fuhhh....



perjalanan ke kawasan pedalaman tue sebenarnya agak menakutkan aku sebab dengan kenderaan yang kami pandu itu beberapa kali rasa tersagat dengan batu di bahagian bawah kereta tersebut. rasa2nyew macam nak berlobang dah bawah kereta tue..

hati sudah semakin resah, mampu kereta ni nak bawak aku balik nanti??
pelbagai persoalan dan tanda tanya muncul kat kepala aku nieh...

sampai satu ketika, kami ternampak satu kenderaan dari arah yang berbeza, selepas aku melihat kereta tersebut, baru lah aku berasa lega..
kancil pun boleh naiklah bukit nieh... jangan main-main okay~


aku menarik nafas lega, selepas melihat kenderaan yang sechomel kancil pun mampu, apatah lagi kereta yang kami naik tu..

selepas habis trip ni, aku pun berfikir, di mana kereta yang aku pandu di rumah tu, masih elok, pengajaran buat aku kat sini ialah biarlah kenderaan kita tu, tak sehebat mana, janji kereta kita tue mampu bawak kita ke mana sahaja daripada kereta yang hebat tapi terbengkalai tengah jalan atau ditarik dengan lori tunda..kuang kuang kuang...



kepada ayah dan mama, jika terbaca apa yang telah anakmu tulis yang segala bagai merepek nieh, jangan yea, jangan jual dulu kereta tue.. kereta ok lagi... :D

al kee sah berhenti di sini dahulu ye.. nak sambung study.. gler exam minggu depan.


perjalanan masih jauh, ditambah dengan pengalaman baru yang hendak aku terokai lagi di masa akan datang, dengan kenderaan yang bersesuaian(huhu)...



2 comments:

zue anak sudin said...

sikit punye pjg post hang! haha...
tape, simpan la kete hensem tu. jgn jual lg... kenangan tuh! ;)

p/s:apsal comel sgt hamster ko tuh!!! T_T aku nak culik tp, tak bole. aku bg die mkn bebyk pun tak gemuk. huh! -_-"

Ammar Hakim said...

haha.. thnx ea..huhu

Post a Comment